Sunday, 18 October 2015

 

Biografi
Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi: Bapa Pembangunan Modal Insan



Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan bekas Perdana Menteri Malaysia ke-5, mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau juga merupakan bekas Presiden UMNO ke-6, parti politik yang paling besar dalam Malaysia. Selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia, 1 September 2009, beliau dilantik menjadi Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Sebelum menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik pada beberapa jawatan tinggi dalam kerajaan Malaysia. Namun, beliau dipecat sebagai Menteri kerana menyokong 'Team B' dalam Majlis Agung UMNO pada tahun 1987. Beliau tidak menjadi anggota kabinet lagi sehingga 1991. Anwar Ibrahim, yang pada masa itu Timbalan Perdana Menteri, dipecat oleh Tun Dr. Mahathir pada tahun 1998. Pada tahun 1999 Abdullah dilantik sebagai Timbalan kepada Tun Dr. Mahathir, dan pada tahun 2003, Abdullah akhirnya mewarisi jawatan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.Dilahirkan dalam keluarga yang warak di Kampung Perlis, Bayan Lepas, Pulau Pinang, beliau menerima pendidikan menengah diSekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam dan di Penang Methodist Boys School, Pulau Pinang. Abdullah memulakan kerjayanya sebagai guru. Beliau pada mulanya ingin belajar Ekonomi di Universiti, namun setelah gagal dalam kertas Statistik, beliau tidak dibenarkan melanjutkan kursus kepujian dalam bidang ekonomi dan memilih untuk belajar Pengajian Islam. Selepas menerima Sarjana Muda Sastera dalam bidang Pengajian Islam daripada Universiti Malaya pada tahun 1964, beliau menyertai sektor perkhidmatan awam sebagai Penolong Setiausaha di Jabatan Perkhidmatan Awam. Pada tahun 1969, Abdullah berpindah ke Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), sebuah badan yang berkuasa eksekutif untuk mentadbir negara yang ditubuhkan selepas rusuhan kaum pada Mei 1969. Abdullah kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan, sebelum menjadi Timbalan Ketua Setiausaha dalam kementerian yang sama pada tahun 1974.
Abdullah berkahwin dengan Allahyarhamah Datin Seri Endon binti Dato' Mahmood pada tahun 1965 dan dikurniakan dua orang cahayamata dan empat cucu. Pada 20 Oktober 2005, Endon Mahmood meninggal dunia selepas bergelut dengan penyakit barah payu dara sejak 2003.
Dalam tempoh kurang daripada 2 tahun menduda, beliau berkahwin dengan Jeanne Abdullah dan melangsungkan akad nikah pada9 Jun 2007.
Beliau dikatakan mementingkan menikmati makan malam bersama keluarga dan gemar makanan Jepun. Sebagai seseorang yang dibesarkan di Pulau Pinang, beliau amat gemar mencuba pelbagai jenis makanan.
Setiap hari, selepas sembahyang Maghrib, beliau akan mengaji Al-Quran. Adalah menjadi kebiasaan beliau menulis nota dalam Jawi. Karangan Shakespeare kegemaran beliau ialah ‘Julius Caesar’. Selain dari keluarga sendiri, tokoh yang banyak mempengaruhinya, yang beliau anggap sebagai mentor ialah Tun Abdul Razak.
Abdullah Badawi sendiri pernah menulis sebuah Puisi 'Ku Cari Damai Abadi' yang mendapat sambutan baik daripada para sasterawan Malaysia dan diterjemahkan ke lebih daripada 80 bahasa dunia (projek Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya yang dipimpin oleh Prof. Madya Dr. Victor Pogadaev). Dinsman dalam prakata kepada buku terjemahan puisi itu menulis: '... Puisi itu pun sebuah puisi yang baik mutunya. Dalam hanya beberapa untaian kata, dengan ungkapan-ungkapan yang bernas, ia berhasil menyampaikan mesej dan makna yang besar, mendalam, luas lagi suci.
Kulit Buku 'Ku Cari Damai Abadi'

Antara peristiwa dunia yang meninggalkan kesan yang mendalam pada diri beliau ialah peristiwa 9/11, yang telah mendorong beliau untuk memperjuangkan fahaman Islam yang sederhana. Beliau juga adalah pencetus Islam Hadhari.
Beliau juga sangat berminat dengan kereta. Malangnya beliau tidak banyak berpeluang memandu kereta sendiri atas sebab-sebab keselamatan. Untuk menghilangkan lelah bekerja, beliau mungkin bermain golf, melakukan senaman atau meluangkan masa bersama cucu-cucunya. Abdullah juga gemarkan pertunjukan muzikal – ‘My Fair Lady’ antara yang paling diminatinya – serta seniman klasik seperti Nat King Cole. Beliau juga mempunyai alat iPod Nano. Beliau menghargai hasil seni Malaysia, dan merupakan seorang pengumpul seni ukiran kayu, serta anyaman rotan.

Kerjaya dan politik

Menyertai UMNO

Abdullah menyertai UMNO pada tahun 1964. Pada tahun 1978, beliau meletakkan jawatan untuk menjadi ahli parlimen Kepala Batas di Seberang Perai Utara (kawasan parlimen yang pernah diwakili oleh allahyarham ayahandanya) sehingga kini. Sejak 1981, Abdullah adalah ahli Majlis Tertinggi UMNO. Beliau telah dipilih memegang jawatan Naib Presiden UMNO pada tahun 1984, 1987 dan 1990, dan dipilih semula untuk jawatan tersebut pada tahun 1996. Pada Perhimpunan Agung UMNO 2000, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Presiden bagi penggal 2000 - 2003.
Pada awal tempoh khidmat Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, satu pertikaian yang pahit terletus dalam UMNO dan membahagikan parti menjadi dua kem. Kumpulan yang menyokong Dr Mahathir digelar 'Team A' manakala kumpulan yang menyokong bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Musa Hitam digelar 'Team B'. Kemenangan Mahathir menyebabkan Tengku Razaleigh Hamzah dihalang daripada menyertai UMNO (Baru) yang baru ditubuh. Oleh sebab Abdullah seorang penyokong kuat kepada Musa Hitam, mentor politiknya, beliau dipecat sebagai Menteri Pertahanan dalam kabinet.
Abdullah dikembalikan jawatannya dalam kabinet pada 1991 dan diberikan jawatan Menteri Luar Negeri. Sehingga 1987, beliau pernah menjawat jawatan:
  • Setiausaha Parlimen di Kementerian Wilayah Persekutuan (1978-80)
  • Timbalan Menteri, Kementerian Wilayah Persekutuan (1980-81)
  • Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1981-84)
  • Menteri Pelajaran (1984-86)
  • Menteri Pertahanan (1986-87)
  • Menteri Luar Negeri (15 Mac 1991 - Januari 1999).

Sebagai Timbalan Perdana Menteri

Kerjaya politiknya kembali sempurna dengan perlantikan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri pada Januari 1999, selepas pemecatan Anwar Ibrahim. Sebagai Menteri Hal-ehwal Dalam Negeri, Abdullah membatalkan pengharaman Kitab Iban.
Seterusnya, Abdullah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Dalam Negeri pada Januari 1999, sebelum dilantik menjadi Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober 2003. Selain itu, Abdullah juga adalah Menteri Kewangan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Sebagai Perdana Menteri

Abdullah Badawi bersama George W. Bush
Sejak menjadi perdana menteri, Abdullah telah berjanji mengetatkan kawalan rasuah dengan memberikan lebih kuasa kepada agensi-agensi pencegah rasuah serta memudahkan rakyat untuk mendedahkan amalan rasuah kepada pihak berkuasa. Beliau juga membuat tuduhan rasuah ke atas beberapa tokoh masyarakat dari zaman Mahathir, satu tindakan yang dipuji oleh orang ramai.
Abdullah juga mengemukakan Islam Hadhari, satu tafsiran Islam yang mengatakan bahawa perkembangan ekonomi dan teknologi adalah secocok dengan ajaran Islam. Selain itu, pentadbirannya menumpukan pemulihan sektor pertanian Malaysia. Pada 10 September 2004, Abdullah, sebagai Menteri Kewangan, mengemukakan belanjawansulungnya yang dianggap oleh orang ramai sebagai berorientasi pengukuhan dan penyelenggaraan berbanding dasar pertumbuhan yang ditekankan oleh Dr Mahathir.Abdullah juga terkenal kerana menekankan keselamatan dalam negeri, selepas menyaksikan pertumbuhan amalan rasuah seperti penyogokan dalam pasukan polis.
Dikenali dalam lingkungan orang Melayu di Malaysia sebagai Pak Lah (singkatan untuk "Pak Cik Abdullah"), kerajaan Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa Abdullah harus tidak dirujuk dengan nama panggilannya dalam dokumen rasmi serta dalam surat khabar; bagaimanapun, nama panggilan tersebut masih boleh digunakan secara tidak rasmi. Sebenarnya, Abdullah sering menggunakan nama panggilan itu untuk merujuk kepada diri sendiri dalam perhimpunan awam. Sejak menjadi Perdana Menteri, Abdullah telah menjawat jawatan pengerusi untuk Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Bermula dari 2005, beliau juga menjadi pengerusi untuk ASEAN.

Pasca Perdana Menteri

Selepas melepaskan jawatan perdana menteri dan presiden UMNO, beliau berehat sebentar di luar negara dan pada 1 September 2009, beliau dilantik menjadi pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia(IKIM).

Sebagai Presiden Barisan Nasional

Apabila Tun Dr. Mahathir berundur dari arena politik, beliau telah menggantikan beliau sebagai pucuk pimpinan parti pemerintah, Barisan Nasional.
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 yang merupakan pilihan raya sulung Abdullah sejak menjadi Perdana Menteri, beliau mencapai kemenangan besar untuk Barisan Nasional, parti campurannya, dengan pencapaian 198 daripada 220 kerusi di Parlimen. Di Terengganu, partinya menewaskan PAS yang merupakan kerajaan negeri itu serta hampir-hampir menawan kubu PAS di Kelantan. Kemenangan ini dianggap secara meluas sebagai tanda berkenan kepada visi Islam yang sederhana berbanding fundamentalisme agama serta sokongan kepada dasar-dasar pencegah rasuahnya.Pada September 2004, sewaktu dilepaskan dari penjara, bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, yang telah dikurung oleh bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir, memuji Abdullah di khalayak ramai kerana tidak campur tangan sewaktu mahkamah mengubah keputusan tentang sabitan liwatnya.
Selepas kecemerlangan besar dalam penggal pertama beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia apabila menyapu banyak kerusi pada Pilihanraya Umum Malaysia 2004, beliau menerima tamparan dan ujian hebat apabila Barisan Nasional yang diketuainya pada Pilihan raya umum Malaysia 2008 telah gagal mempertahankan majoriti 2/3 kerusi Parlimen dan kehilangan kuasa pemerintahan di 4 buah negeri iaitu SelangorPulau PinangKedah, dan Perak kepada parti pembangkang serta sekali lagi gagal merampas balik kuasa diKelantan dalam Pilihanraya Umum Malaysia 2008. Oleh ini, bekas Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohammad berpendapat bahawa Abdullah harus mempertimbangkan perletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Malaysia setelah kegagalan besar Barisan Nasional dalam pilihanraya tersebut. 

Melepaskan jawatan Perdana Menteri

Abdullah tidak menawarkan diri untuk menjadi calon Presiden pada pemilihan Agung UMNO pada 2009. Ini kerana beliau ingin menyerahkan jawatan tersebut kepada pengganti beliau sebagai Presiden UMNO sekaligus sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6.
Modal Insan sentiasa mendapat tempat di hati Tun Abdullah Ahmad Badawi sepanjang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri. Ini kerana beliau percaya modal insan merupakan aset terpenting untuk memacu negara ke hadapan. Selain itu pemahaman Islam Hadhari juga menyumbangkan kepada pembangunan modal insan ini. Itulah legasi Abdullah kepada Malaysia selepas mengundurkan diri sebagai pemimpin No. 1 negara. Oleh itu, beliau telah dikenali sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan.


Kontroversi

Setelah gerakan untuk menuduh orang-orang kenamaan seperti Eric Chia dan Isa Abdul Samad dengan rasuah, usaha pentadbiran Abdullah untuk membanteras rasuah dikatakan menjadi kurang jelas. Masih dibahaskan sama ada Abdullah masih terus melawan rasuah secara diam-diam ataupun dia telah sengaja melambatkan usaha dalam menghapuskan rasuah.
Walaupun Abdullah mengatakan bahawa dia mengalu-alukan pandangan atau kritikan yang membantu memperbaiki pentadbirannya, dia telah memberi amaran kepada Mukhriz Mahathir yang mengkritik dasar ekonominya pada Mesyuarat Agong UMNO 2006.  Kerajaannya juga cuba mengawal sumber-sumber "bawah tanah" seperti laman web, forum dan blog, menganggap mereka yang menyebarkan maklumat secara maya sebagai "tidak punya kredibiliti". Di bawah Bill of Guarantee MSC, kebebasan Internet dijamin oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu sebarang usaha untuk menyekat kebebasan bersuara di Internet dilihat sebagai usaha sia-sia.

Sunday, 27 September 2015

PERANAN AKHBAR DI TANAH MELAYU PADA ZAMAN PENJAJAHAN KUASA ASING 
             
             Akhbar rmemainkan peranan penting dalam sesebuah masyarakat. Di Negeri–negeri Melayu (NNM) fungsi awalnya hanyalah untuk melaporkan tentang berita dan peristiwa yang terjadi di serata tempat.Perkembangan penerbitan akhbar pada peringkat pertama dipelopori oleh pengkaji British seawal abad ke-19 yang menerbitkan The Government Gazette dan pada akhir abad tersebut barulah muncula khbar berbahasa Melayu pertama yang ditulis di dalam tulisan jawi iaitu ‘Jawi Peranakan’ di  Singapura. Namun, akhbar ini juga bukannya diterbitkan oleh orang Melayu tetapi ia diterbitkan oleh golongan India Muslim di Singapura.
              Pada abad ke-20, perkembangan penerbitan akhbar Melayu semakin pesat bagai tumbuhnya cendawan selepas hujan. Penerbit dan peneraju bagi akhbar-akhbar Melayu adalah dari kalangan orang Melayu sendiri. Isu-isu yang dibincangkan juga semakin meluas dan  meliputi peristiwa-peristiwa dari dalam dan luar negeri, isu-isu agama, golongan imigran, masalah masyarakat pada waktu itu, dan  pendidikan serta politik. Ini menunjukkan peranan akhbar Melayu pada masa tersebut semakin besar dan semakin penting dalam membentuk proses komunikasi yang lebih berkesan dalam masyarakat Melayu.
AKHBAR MELAYU TAHUN 1900 HINGGA SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA.
Akhbar Melayu pada masa itu memainkan peranan penting dalam mewujudkan kesedaran social dalam diri masyarakat Melayu yang masih lena dan menyemarakkan lagi semangat orang Melayu yang telah mula sedar untuk membela nasib mereka. Peranan sebagai pewujud kesedaran social dapat dilihat melalui tujuan penerbitan akhbar Al-Imam itu sendiri iaitu ”mengingatkan mana yang lalai dan menjagakan mana yang tidur dan menundukkan yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan kebajikan”.
               Seterusnya awal abad ke-20, keadaan masyarakat Melayu adalah begitu daif dan mundur dalam semua aspek berbanding dengan masyarakat lain. Masyarakat penjajah (British) dan orang Cina hidup selesa dan lebih maju di atas ketidaksedaran dan ketidakmampuan orang Melayu itu sendiri. Untuk mewujudkan kesedaran di kalangan orangMelayu, akhbar-akhbar Melayu telah menyiarkan rencana-rencana pengarangnya yang menyentuh tentang keadaan dan nasib bangsa Melayu. 

Friday, 18 September 2015

SEJARAH MAHSURI

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

Sudah lama kami tidak meng'update' cerita diblog ini banyak 'assigment' yang kami kena lakukan sehingga lupa mengenai blog ini.Walhal,blog ini juga merupakan salah satu kerja yang harus atau wajib kami lakukan.

Hari ini kami akan menceritakan mengenai tempat yang mempunyai sejarah.Sebagai contoh,Pulau Langkawi,mesti rakan-rakan pernah mendengar wanita yang bernama Mahsuri.Kalau tidak pernah mendengarnya mungkin rakan-rakan bukan dari negara Malaysia kerana negara Malaysia mempunyai cerita yang unik disebalik negeri tersebut.Baiklah mari kita mengetahui cerita mengenai Mahsuri.

Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi.Anak kepada,pasangan Pandak Mayah dan Cik Alang. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.Menurut anggaran, kehidupan awal Mahsuri adalah ketika Langkawi di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) iaitu ketika Pandak Maya baru sahaja berhijrah ke Langkawi.Dikhabarkan bahawa pasangan Pandak Mayah dan Cik Alang telah datang dari Kampung Kemala,Phuket, Thailand ataupun dahulunya dekenali dengan nama (Siam). Mereka berhijrah ke Langkawi untuk mengubah keadaan hidup mereka bagi menjadi lebih baik. Pada masa itu pasangan suami isteri ini berkerja sebagai petani.Lama kelamaan rezeki mereka semakin berganda hinggakan mereka telah mampu membeli tanah dari masyarakat setempat dan menjadi salah satu keluarga yang berada di Langkawi.

Apabila rezeki mereka sudah melimpah ruah, maka atas kuasa Tuhan dikurniakan pula keluarga Pandak Mayah ini seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Mahsuri.Mahsuri membesar dan diasuh dengan penuh adat resam serta tata susila oleh kedua orang tuanya.Apabila meningkat dewasa,ciri-ciri kewanitaannya lebih terserlah, dengan wajah yang cantik rupawan,serta hati budi yang yang sangat baik. Sehinggakan menjadi buah mulut seluruh penduduk Langkawi dan akhirnya sampailah ke telinga Wan Yahya turut dikenali dengan nama Dato Pekermajaya. Dia adalah wakil sultan untuk memerintah Langkawi pada masa tersebut.

Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah pada tahun 1803-1843.Hubungan antara Kedah dan Siam menjadi keruh.Mahsuri hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi untuk berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah. Sepeninggalan beliau, Mahsuri di tinggalkan bersama ibu bapanya. Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan dendang.

Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, kakak iparnya sebagai isteri pembesar pulau Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri,Wan Hakim,mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.
Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh Dato Pekermajaya abang iparnya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman. Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri     mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat di dalam rumahnya.
Kata-kata terakhir Mahsuri atau lebih kepada sumpahan ialah dia tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana dia merupakan mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa yang dituduh. Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih hanya kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi. Deramang turut dibunuh kemudiannya, walaupun bertindak ganas. Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya.
Seminggu selepas Mahsuri dibunuh, Wan Derus pulang setelah Kedah gagal menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat tentang isterinya, dia kecewa lalu membawa anaknya, Wan Mat Arus keluar dari Siam. Sejurus itu, tentera Siam menyerang pulau tersebut. Langkawi hancur dan hangus.
Datuk Pekerma Jaya melarikan diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam. Malangnya, Datuk Pekerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa serta dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan Wan Mahura yang dirogol dan disiksa oleh tentera Siam. Anak mereka, Wan Muhamad Ali bergegas pulang dari Pulau Pinang untuk membalas dendam. Kejayaannya mendorong sultan melantiknya sebagai pengganti ayahnya. Walau bagaimanapun, pulau Langkawi tidak pernah makmur kerana kegiatan lanun dan jenayah yang teruk.
Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak makmur. Ketika Tunku Abdul Rahman masih menjadi pegawai daerah, Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu di mana tempat pengkebumian Mahsuri. Maka, Tunku mencari sehingga menemui sebuah kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam, yang dikenali sebagai Makam Mahsuri.
Image result for sejarah mahsuriMenjelang 1980-an, Langkawi menjadi lebih makmur (satu daripadanya disebabkan kedatangan pekerja untuk membina makam Mahsuri). Ada yang menyatakan kemakmuran itu disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri (ada yang mengatakan kelapan) menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau Langkawi. Keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau Nong May atau nama Melayunya, Wan Aisyah Wan Nawawi menetap di Kampung Kemala, Phuket, Thailand ketika pertama kali dijejaki.
Kebetulan pula ketika itu, Langkawi menjadi pusat pelancongan dan jualan bebas cukai lalu menarik lebih ramai pengunjung ke pulau itu. Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr Mahathir turut membantu mempromosikan Langkawi dengan menambahkan  dan menjadikannya pusat pertunjukan. 

Namun persoalannya sekarang,ketika Mahsuri dibunuh darahnya yang keluar berwarna putih.Bolehkah rakan-rakan mempercayainya?Adakah itu mitos atau lagenda?Tetapi tidak mustahil apabila Allah S.W.T berfirman dalam Al-Quran:-
"Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya: "kun (jadilah)", maka jadilah ia".

An Nahl:40

                                                               
"Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah! Maka jadilah ia."
Al Baqarah:117

 Wallahu a’lam