Sunday, 27 September 2015

PERANAN AKHBAR DI TANAH MELAYU PADA ZAMAN PENJAJAHAN KUASA ASING 
             
             Akhbar rmemainkan peranan penting dalam sesebuah masyarakat. Di Negeri–negeri Melayu (NNM) fungsi awalnya hanyalah untuk melaporkan tentang berita dan peristiwa yang terjadi di serata tempat.Perkembangan penerbitan akhbar pada peringkat pertama dipelopori oleh pengkaji British seawal abad ke-19 yang menerbitkan The Government Gazette dan pada akhir abad tersebut barulah muncula khbar berbahasa Melayu pertama yang ditulis di dalam tulisan jawi iaitu ‘Jawi Peranakan’ di  Singapura. Namun, akhbar ini juga bukannya diterbitkan oleh orang Melayu tetapi ia diterbitkan oleh golongan India Muslim di Singapura.
              Pada abad ke-20, perkembangan penerbitan akhbar Melayu semakin pesat bagai tumbuhnya cendawan selepas hujan. Penerbit dan peneraju bagi akhbar-akhbar Melayu adalah dari kalangan orang Melayu sendiri. Isu-isu yang dibincangkan juga semakin meluas dan  meliputi peristiwa-peristiwa dari dalam dan luar negeri, isu-isu agama, golongan imigran, masalah masyarakat pada waktu itu, dan  pendidikan serta politik. Ini menunjukkan peranan akhbar Melayu pada masa tersebut semakin besar dan semakin penting dalam membentuk proses komunikasi yang lebih berkesan dalam masyarakat Melayu.
AKHBAR MELAYU TAHUN 1900 HINGGA SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA.
Akhbar Melayu pada masa itu memainkan peranan penting dalam mewujudkan kesedaran social dalam diri masyarakat Melayu yang masih lena dan menyemarakkan lagi semangat orang Melayu yang telah mula sedar untuk membela nasib mereka. Peranan sebagai pewujud kesedaran social dapat dilihat melalui tujuan penerbitan akhbar Al-Imam itu sendiri iaitu ”mengingatkan mana yang lalai dan menjagakan mana yang tidur dan menundukkan yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan kebajikan”.
               Seterusnya awal abad ke-20, keadaan masyarakat Melayu adalah begitu daif dan mundur dalam semua aspek berbanding dengan masyarakat lain. Masyarakat penjajah (British) dan orang Cina hidup selesa dan lebih maju di atas ketidaksedaran dan ketidakmampuan orang Melayu itu sendiri. Untuk mewujudkan kesedaran di kalangan orangMelayu, akhbar-akhbar Melayu telah menyiarkan rencana-rencana pengarangnya yang menyentuh tentang keadaan dan nasib bangsa Melayu. 

No comments:

Post a Comment