Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Blog kami dibuat bukan untuk meluahkan perasaan atau menceritakan mengenai percintaan tetapi blog kami hanya untuk menceritakan tentang sejarah yang berkaitan dengan negara Malaysia.
Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibarkan bendera negara iaitu Jalur Gemilang.Setiap patung gangsa tersebut mempunyai makna tersirat iaitu kepimpinan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan .Tugu Negara ini dibina pada tahun 1966 setinggi 15 meter dan diperbuat daripada gangsa . Tugu ini direka oleh pengukir Austria,Felix de Weldon yang telah diilhamkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.
Asas tugu yang tertulis "Dedicated To The Heroic Fighters In The Cause Of Peace And Freedom, May The Blessing Of Allah Be Upon Them" serta "Memperingati Perwira-Perwira Yang Berjuang Untuk Menegakkan Keamanan Dan Kebebasan, Moga2 Allah Cucurkan Rahmat Ke Atas Mereka" dalam tulisan jawi diletakkan pada bahagian kiri dan kanan Jata Negara. Hari Pahlawan juga telah ditetapkan pada 31 Julai setiap tahun bagi memperingati dan memberi penghormatan kepada mereka yang telah berjuang untuk mempertahankan Negara.
Kami pasti pasti rakan-rakan yang lain tidak tahu bahawa tugu negara ini pernah diletupkan oleh komunis pada tahun 26hb Ogos 1975, pada jam 5.00pagi.

Kesan dari letupan tersebut telah memusnahkan satu patung besar serta dua kepala patung yang jatuh dari kedudukan asal. Kerja membaikpulih Tugu Negara telah siap pada 11 April 1977 oleh Christoper Carney, Pensyarah Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka Institut Teknologi Mara.
Kesimpulannya disini,sebelum kemerdekaan,nenek moyang kita sanggup menggadaikan nyawa dan harta benda untuk mencapainya.Namun mengapa pada zaman moden ini generasi muda sanggup memusnahkan negara sendiri untuk kepentingan diri sendiri?
Saling bermusuhan tidak kira kaum,berbangga dengan negara lain tanpa menghormati negara sendiri dan sebagainya.Adakah generasi muda kini telah melupakan jasa pejuang-pejuang tanah air yang telah sanggup menggadaikan nyawa mereka?
Jawapannya hanya ada pada diri anda.
Jawapannya hanya ada pada diri anda.
Setakat ini sahaja yang dapat kami kongsikan.Kami akan ceritakan lagi tentang sejarah negara pada hari selanjutnya.
sentap
ReplyDelete