Sunday, 27 September 2015

PERANAN AKHBAR DI TANAH MELAYU PADA ZAMAN PENJAJAHAN KUASA ASING 
             
             Akhbar rmemainkan peranan penting dalam sesebuah masyarakat. Di Negeri–negeri Melayu (NNM) fungsi awalnya hanyalah untuk melaporkan tentang berita dan peristiwa yang terjadi di serata tempat.Perkembangan penerbitan akhbar pada peringkat pertama dipelopori oleh pengkaji British seawal abad ke-19 yang menerbitkan The Government Gazette dan pada akhir abad tersebut barulah muncula khbar berbahasa Melayu pertama yang ditulis di dalam tulisan jawi iaitu ‘Jawi Peranakan’ di  Singapura. Namun, akhbar ini juga bukannya diterbitkan oleh orang Melayu tetapi ia diterbitkan oleh golongan India Muslim di Singapura.
              Pada abad ke-20, perkembangan penerbitan akhbar Melayu semakin pesat bagai tumbuhnya cendawan selepas hujan. Penerbit dan peneraju bagi akhbar-akhbar Melayu adalah dari kalangan orang Melayu sendiri. Isu-isu yang dibincangkan juga semakin meluas dan  meliputi peristiwa-peristiwa dari dalam dan luar negeri, isu-isu agama, golongan imigran, masalah masyarakat pada waktu itu, dan  pendidikan serta politik. Ini menunjukkan peranan akhbar Melayu pada masa tersebut semakin besar dan semakin penting dalam membentuk proses komunikasi yang lebih berkesan dalam masyarakat Melayu.
AKHBAR MELAYU TAHUN 1900 HINGGA SEBELUM PERANG DUNIA KEDUA.
Akhbar Melayu pada masa itu memainkan peranan penting dalam mewujudkan kesedaran social dalam diri masyarakat Melayu yang masih lena dan menyemarakkan lagi semangat orang Melayu yang telah mula sedar untuk membela nasib mereka. Peranan sebagai pewujud kesedaran social dapat dilihat melalui tujuan penerbitan akhbar Al-Imam itu sendiri iaitu ”mengingatkan mana yang lalai dan menjagakan mana yang tidur dan menundukkan yang sesat dan menyampaikan suara yang menyeru dengan kebajikan”.
               Seterusnya awal abad ke-20, keadaan masyarakat Melayu adalah begitu daif dan mundur dalam semua aspek berbanding dengan masyarakat lain. Masyarakat penjajah (British) dan orang Cina hidup selesa dan lebih maju di atas ketidaksedaran dan ketidakmampuan orang Melayu itu sendiri. Untuk mewujudkan kesedaran di kalangan orangMelayu, akhbar-akhbar Melayu telah menyiarkan rencana-rencana pengarangnya yang menyentuh tentang keadaan dan nasib bangsa Melayu. 

Friday, 18 September 2015

SEJARAH MAHSURI

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA

Sudah lama kami tidak meng'update' cerita diblog ini banyak 'assigment' yang kami kena lakukan sehingga lupa mengenai blog ini.Walhal,blog ini juga merupakan salah satu kerja yang harus atau wajib kami lakukan.

Hari ini kami akan menceritakan mengenai tempat yang mempunyai sejarah.Sebagai contoh,Pulau Langkawi,mesti rakan-rakan pernah mendengar wanita yang bernama Mahsuri.Kalau tidak pernah mendengarnya mungkin rakan-rakan bukan dari negara Malaysia kerana negara Malaysia mempunyai cerita yang unik disebalik negeri tersebut.Baiklah mari kita mengetahui cerita mengenai Mahsuri.

Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi.Anak kepada,pasangan Pandak Mayah dan Cik Alang. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.Menurut anggaran, kehidupan awal Mahsuri adalah ketika Langkawi di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) iaitu ketika Pandak Maya baru sahaja berhijrah ke Langkawi.Dikhabarkan bahawa pasangan Pandak Mayah dan Cik Alang telah datang dari Kampung Kemala,Phuket, Thailand ataupun dahulunya dekenali dengan nama (Siam). Mereka berhijrah ke Langkawi untuk mengubah keadaan hidup mereka bagi menjadi lebih baik. Pada masa itu pasangan suami isteri ini berkerja sebagai petani.Lama kelamaan rezeki mereka semakin berganda hinggakan mereka telah mampu membeli tanah dari masyarakat setempat dan menjadi salah satu keluarga yang berada di Langkawi.

Apabila rezeki mereka sudah melimpah ruah, maka atas kuasa Tuhan dikurniakan pula keluarga Pandak Mayah ini seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Mahsuri.Mahsuri membesar dan diasuh dengan penuh adat resam serta tata susila oleh kedua orang tuanya.Apabila meningkat dewasa,ciri-ciri kewanitaannya lebih terserlah, dengan wajah yang cantik rupawan,serta hati budi yang yang sangat baik. Sehinggakan menjadi buah mulut seluruh penduduk Langkawi dan akhirnya sampailah ke telinga Wan Yahya turut dikenali dengan nama Dato Pekermajaya. Dia adalah wakil sultan untuk memerintah Langkawi pada masa tersebut.

Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah pada tahun 1803-1843.Hubungan antara Kedah dan Siam menjadi keruh.Mahsuri hamil ketika Wan Derus keluar dari Langkawi untuk berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah. Sepeninggalan beliau, Mahsuri di tinggalkan bersama ibu bapanya. Ketika waktu tersebut, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi lalu dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan dendang.

Kepandaian Deramang dalam bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, kakak iparnya sebagai isteri pembesar pulau Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri,Wan Hakim,mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.
Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditahan dan dijatuhkan hukuman bunuh oleh Dato Pekermajaya abang iparnya sendiri setelah termakan hasutan isterinya. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang di bawa ke Padang Matsirat, pusat Langkawi ketika itu, untuk dijatuhkan hukuman. Mahsuri diikat di sebuah batang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri     mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat di dalam rumahnya.
Kata-kata terakhir Mahsuri atau lebih kepada sumpahan ialah dia tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana dia merupakan mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram dan permai ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.Walaupun dipujuk dan dirayu ibu bapa Mahsuri, hukuman tetap dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa dosa yang dituduh. Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih hanya kerana kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi. Deramang turut dibunuh kemudiannya, walaupun bertindak ganas. Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya.
Seminggu selepas Mahsuri dibunuh, Wan Derus pulang setelah Kedah gagal menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat tentang isterinya, dia kecewa lalu membawa anaknya, Wan Mat Arus keluar dari Siam. Sejurus itu, tentera Siam menyerang pulau tersebut. Langkawi hancur dan hangus.
Datuk Pekerma Jaya melarikan diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam. Malangnya, Datuk Pekerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa serta dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan Wan Mahura yang dirogol dan disiksa oleh tentera Siam. Anak mereka, Wan Muhamad Ali bergegas pulang dari Pulau Pinang untuk membalas dendam. Kejayaannya mendorong sultan melantiknya sebagai pengganti ayahnya. Walau bagaimanapun, pulau Langkawi tidak pernah makmur kerana kegiatan lanun dan jenayah yang teruk.
Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak makmur. Ketika Tunku Abdul Rahman masih menjadi pegawai daerah, Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu di mana tempat pengkebumian Mahsuri. Maka, Tunku mencari sehingga menemui sebuah kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam, yang dikenali sebagai Makam Mahsuri.
Image result for sejarah mahsuriMenjelang 1980-an, Langkawi menjadi lebih makmur (satu daripadanya disebabkan kedatangan pekerja untuk membina makam Mahsuri). Ada yang menyatakan kemakmuran itu disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri (ada yang mengatakan kelapan) menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau Langkawi. Keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau Nong May atau nama Melayunya, Wan Aisyah Wan Nawawi menetap di Kampung Kemala, Phuket, Thailand ketika pertama kali dijejaki.
Kebetulan pula ketika itu, Langkawi menjadi pusat pelancongan dan jualan bebas cukai lalu menarik lebih ramai pengunjung ke pulau itu. Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr Mahathir turut membantu mempromosikan Langkawi dengan menambahkan  dan menjadikannya pusat pertunjukan. 

Namun persoalannya sekarang,ketika Mahsuri dibunuh darahnya yang keluar berwarna putih.Bolehkah rakan-rakan mempercayainya?Adakah itu mitos atau lagenda?Tetapi tidak mustahil apabila Allah S.W.T berfirman dalam Al-Quran:-
"Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya: "kun (jadilah)", maka jadilah ia".

An Nahl:40

                                                               
"Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah! Maka jadilah ia."
Al Baqarah:117

 Wallahu a’lam